Joohopia Template
 
 
We have 11 guests online



LiveZilla Live Help
filler1 Home Tips menguasai bahasa
Tips menguasai bahasa Inggeris PDF Print E-mail
Written by admin   
Tuesday, 12 August 2008 09:26

 

Cara menguasai bahasa Inggeris.



Setiap orang mengimpikan untuk memperbaiki diri jika mempunyai kelemahan . Salah satu kelemahan rakyat Malaysia ialah kemahiran untuk bertutur dan menulis bahasa Inggeris. Walaupun subjek bahasa Inggeris telah diajar sejak sekolah rendah dan menengah namun keyakinan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris sangat rendah.
Hal ini dapat dilihat, kesukaran graduan Universiti untuk mencari pekerjaan kerana kebanyakan syarikat mencari pekerja yang mahir bertutur Bahasa Inggeris.

Setelah membuat kajian, untuk menguasai Bahasa Inggeris perlu bermula dari rumah. Kenapa saya berkata begitu? Manusia belajar melalui peniruan sesuatu tindakan. Contohnya, jika kita lihat bayi yang sedang membesar, mereka belajar melalui tindakan ibu bapanya. Bayangkan, seorang bayi yang sedang membesar dan kini bersekolah rendah dan mahir  bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, kanak-kanak tersebut belajar dan meniru tindakan penjaganya yang mahir berbahasa Inggeris. Apa yang cuba saya buktikan di sini adalah untuk meningkatkan kemahiran bahasa seseorang perlulah bermula dari rumah dan cuba mempraktikkan bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarga. Walaupun kita telah belajar Bahasa Inggeris di sekolah namun dan setakat belajar teori sahaja maka sampai bila kita hendak pandai dari segi praktikal.

Tips untuk belajar Bahasa Inggeris

1.    Luangkan masa 15-30 minit setiap hari untuk membaca bacaan Bahasa Inggeris.

2.    Cara terbaik adalah ambil membaca surat khabar bahasa Inggeris, cerpen dan novel kegemaran.  Selain itu lihat dan dengar siaran berita Bahasa Inggeris seperti CNN,BBC dan radio serta tv tempatan. Ini dapat membantu anda memperbetulkan sebutan Inggeris.

3.    Menonton atau muat turun filem dari barat dan yang ada sari kata bahasa Inggeris di bawahnya dan cuba fahamkan. Di TV3 juga ada menyelitkan sari kata Bahasa Inggeris di dalam drama Melayu. Sambil-sambil menonton cerita kegemaran secara tak langsung kita belajar.

4.    Praktikkan bercakap Bahasa Inggeris dengan ahli keluarga walaupun menggunakan ayat yang senang. Lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan dan kita tidak janggal bertutur Bahasa Inggeris. Sesama rakan kita malu dan saling ketawa sesama sendiri jika tersalah cakap atau tidak tahu.

5.    Gunakan alat bantu mengajar seperti kamus. Tetapi cara ini membuatkan orang merasakan leceh untuk belajar B

ahasa Inggeris dan hangat-hangat taik ayam sahaja kerana perlu menyemak kamus yang tebal. Oleh itu, GUNAKAN PERISIAN YANG MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELAJARAN SEPERTI MYKAMUS 5.0. Konsep control + right click dan pop-up terjemah di skrin komputer anda dan tidak perlu taip perkataan. Terjemahan pula dari pelbagai jenis kamus untuk kefahaman menyeluruh. Install sekali dan boleh digunakan selama-lamanya di komputer anda. Kefahaman makna di jamin sepenuhanya oleh Citra Computing Network. Cuba dan anda akan teruja dengannya.

 

Last Updated on Thursday, 02 July 2009 02:59
 
filler2
Apakah pandangan anda terhadap paparan laman web terbaru Mykamus
 
Featured Links:
Eyulily.com
Malaysian Best Entertainment Website
Malaysia SenangHosting
Bina Laman Web
di Malaysia Senanghosting
serendah RM 10/setahun

Copyright © 2010 Online Dictionary and Translation Software -Mykamus. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

template:joohopia.com