|
9 Petua Menguasai bahasa Inggeris dengan MYKAMUS 5.0 1. Sediakan buku khas untuk kita simpan dan tulis perkataan yang kita tidak faham. Buku tersebut hendaklah berkulit keras supaya tahan lasak dan boleh dibawa ke mana –mana. INGAT!! Jangan menulis perkataan yang anda tidak faham di atas buku atau surat khabar. Perkara ini sering dilakukan jika buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan dan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan kerana buku atau surat khabar itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. 2. Apabila sudah mempunyai buku, yang penting adalah isi kandungan di dalamnya dan apa yang perlu anda isi.
i) Perkataan yang tidak faham. ii) Maksudnya. iii) Contoh dalam ayat: Tidak berguna jika anda faham maksud tetapi tidak reti menggunakannya. Selain itu, satu perkataan kadang-kadang membawa maksud yang lain. Oleh itu, contoh penggunaan ayat sangat penting.
3. Apa yang perlukan sekarang ialah semangat untuk belajar bahasa Inggeris. Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap hari. Jangan hanya hangat-hangat taik ayam sahaja. Cuba disiplinkan diri untuk meluangkan masa setiap hari untuk biasakan diri dengan perkataan bahasa Inggeris. Kejayaan tidak datang sekelip mata dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
4. Apa yang anda perlukan ialah alat bantu mengajar. Tinggalkan kamus yang tebal dan mahal. Cara tradisional ini walaupun berkesan tetapi mengambil masa. Sebab itu, ramai yang belajar sekerat jalan. Install MYKAMUS 5.0, anda boleh membelinya secara online atau download versi percubaan dahulu. Untuk satu mencari satu perkataan sahaja sangat mudah dan cepat.
5. Sekarang pergi ke website berbahasa Inggeris kegemaran anda atau laman web surat khabar bahasa Inggeris dan tekan Ctrl pada keyboard dan klik pada perkataan yang anda tidak faham.(CARA INI HANYA DAPAT DIGUNAKAN JIKA INSTALL MYKAMUS). Cara ini cepat dan seronok. Anda boleh pergi di NST, THE STAR, CNN dan sebagainya. Lihat pada Rajah 1 dan 2.
Rajah 1  Rajah 2
6. Jangan lupa selepas mengetahui maksud, catat dalam buku nota anda. MYKAMUS 5.0 juga menyediakan contoh penggunaan ayat dan anda boleh klik pada more result (lihat pada rajah 3) untuk mengetahui pelbagai maksud dalam satu halaman. Sila ikut tips no.2 di atas. Rajah 3: Anda akan mendapat hasil begini selepas klik pada more result 7. Anda juga boleh muat turun e-book percuma yang berada di internet. Contohnya klik pada laman http://www.free-ebooks.net/ atau laman web e-book yang lain. Sign up menjadi ahli dahulu dan muat turun e-book pilihan anda. Tidak perlu membaca buku cerita pun tidak mengapa kerana di internet banyak buku cerita percuma yang boleh di muat turun. (NOTE : Mykamus 5.0 hanya boleh digunakan pdf dalam versi 7 dan 8 sahaja). 8. Selain belajar memahami maksud perkataan, anda perlu mendengar sebutan bahasa Inggeris yang betul. MYKAMUS menyediakan fungsi menterjemahkan perkataan di samping mendengar sebutan yang betul.
9. Apa tunggu lagi, anda sudah baca tips yang diberikan, mulalah dari sekarang dan apa yang penting adalah jangan lupa menulis dalam buku nota anda, usaha anda dan Insya-Allah anda pasti berjaya menguasai bahasa Inggeris dalam masa 3 bulan. Kepada Ibu- bapa yang membaca tips ini jangan ragu-ragu membeli produk perisian ini. Jika dibandingkan dengan kamus yang mahal ternyata MYKAMUS 5.0 lebih murah, berkesan dan mempunyai banyak kamus di dalamnya.
|