SEJARAH MYKAMUS | MyKamus mula dibangunkan sejak tahun 2000 dan telah berada di pasaran secara online di laman web khusus sejak beberapa tahun. Perisian MyKamus mula mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi anugerah Intel (2000) di Detroit , Amerika Syarikat (AS) dan Computer Olympiad di Turkmenistan. Setelah melalui proses penambahbaikan dan dinaiktarafkan kini MyKamus dipasarkan dalam bentuk CD dan Muat turun dengan keupayaan penambahan kepada pelbagai jenis kamus. , Kini MyKamus dilengkapi dengan Fungsi "Double click" , "Mouse Move" , "Control Right Click" , Spell Checker dan Auto Pronunciation. Perisian MyKamus akan di naik taraf dari masa ke semasa mengikut kepesatan pembangunan perisian terkini. |
LATAR BELAKANG SYARIKAT | Citra Computing Network adalah syarikat milikan 100% Bumiputera, didaftarkan di bawah Pendaftaran Perniagaan pada 27-05-2008 dan mempunyai tenaga kepakaran Bumiputera tempatan dalam bidang IT. Penglibatan pemilik syarikat ini dalam bidang pembangunan perisian telah bermula sejak tahun 2000, dan produk perisian telah ditawarkan di laman web khusus. Pada tahun 2008, pihak syarikat telah mendaftarkan perniagaan di Kuala Lumpur sebagai bukti kesungguhan syarikat Citra Computing Network untuk memasarkan produk perisian buatan anak tempatan. |
PENGALAMAN SYARIKAT | Citra Computing Network merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada July 2008 dan mempunyai rekod jualan yang terhad tetapi menggalakkan, memandangkan dalam tempoh setahun banyak syarikat swasta dan juga Agensi Kerajaan yang menunjukkan minat untuk menggunakan perisian MyKamus 5.0. Senarai Agensi Kerajaan yang telah menggunakan Mykamus 5.0 - Jabatan Perdana Menteri
- Pejabat Perdana Menteri
- Kerajaan Negeri Terengganu
- Kerajaan Negeri Selangor
- Sekolah - sekolah di Johor
- Agensi Kerajaan
|
|