|
Written by admin
|
|
Tuesday, 12 August 2008 22:33 |
Kelebihan Mykamus
Kamus buku memerlukan kita membelek buku yang tebal sehingga 1500 muka surat semata-mata untuk mendapatkan sesuatu makna perkataan. Kebiasaannya, ia memakan masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu makna. Tetapi, dengan menggunakan perisian Mykamus, anda hanya memerlukan kurang dari 3 saat untuk mencari makna. Kita hanya perlu menaip pada papan kekunci untuk mencari beribu-ribu makna perkataan dan perisian ini akan melakukan proses pencarian makna yang diperlukan. Salah satu ciri kebaikan Mykamus adalah kebolehan memasukkan data. Di sini pengguna boleh memasukkan data sendiri untuk tujuan kemas kini. Ini dapat menjimatkan masa dan ruang. Pengguna hanya perlu menaip pada ruangan yang disediakan untuk tujuan kemas kini. Mykamus menggunakan skrin sebagai media paparan. Skrin berkeupayaan untuk memaparkan pelbagai informasi dalam satu masa. Berbanding dengan kamus buku, ruang paparannya amat terhad dan tulisan terpaksa dikecilkan semata-mata untuk memasukkan informasi dan penerangan. Keadaan ini menyebabkan kamus buku kelihatan kurang menarik. Mykamus menggunakan kaedah enjin pencarian untuk mencari sesuatu makna. Enjin pencarian ini akan membantu pengguna untuk mencari makna perkataan dalam pangkalan data yang mempunyai berates ribu maklumat. Dengan bantuan enjin pencarian ini, proses pencarian makna perkataan menjadi lebih mudah. Berbanding dengan kamus buku, pengguna terpaksa mencarinya sendiri dengan membelek kamus buku yang tebal. Proses ini agak memakan masa yang lama dan membosankan.
|
|
Last Updated on Thursday, 11 March 2010 07:14 |